Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan
senantiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam
tahun 1887 dan dalam tahun 1896. Acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di
dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai karena berbagai gaya
lompatan yang digunakan oleh para atlet.
PENGERTIAN
Lompat tinggi merupakan olahraga yang menguji keterampilan melompat dengan
melewat tiang mistar. Lompat tinggi adalah salah satu cabang dari atletik.
Tujuan olahraga ini untuk memperoleh lompatan setinggi-tingginya saat melewati
mistar tersebut dengan ketinggian tertentu.Tinggi tiang mistar yang harus
dilewati atlet minimal 2,5 meter, sedangkan panjang mistar minimal 3,15 meter.
Lompat tinggi dilakukan di arena lapangan atletik. Lompat tinggi dilakukan
tanpa bantun alat.
Dalam pertandingan, mistar akan dinaikkan setelah peserta berhasil melewati
ketinggian mistar. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. Peserta boleh
mulai melompat dimana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan
akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan
palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak
berjaya melompat. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga
kali bertutrut-turut (tanpa diambil kira di atas mana kegagalan itu berlaku)
akan keluar dari pertandingan. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan
(walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi
mengikuti peraturan. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah
hingga bagian tengah disebelah atas padang. Setiap peserta akan diberi peluang
sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan. Jika peserta tidak berhasil
melewati mistar sebanyak tiga kali berturut-turut, dia dinyatakan gagal. Untuk
menentukan kemenangan, para peserta harus berusaha melompat setinggi mungkin
yang dapat dilakukan. Pemenang ditentukan dengan lompatan tertinggi yang
dilewati.
SEJARAH LOMPAT TINGGI
Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod
pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan
pencapaian atas 1.68 meter oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa
dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain
sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya
ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas
palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini
tidak digalakkan sekali-kali.
Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodernkan
oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting,
tetapi bagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah
berjaya menciptakan teknik yang bekersan dan menciptakan rekod 6’ 5 5/8’’
(1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur
atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan
selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini
sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.
Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan
dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya
melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh
semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling
Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya
gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air
memahirinya.
Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu
gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya
lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini
sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam
pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki
pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya
kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.
Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah
digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sajalah
yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.
CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN
Adakah kejurulatihan satu seni atau sains?
Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan
daripada aspek seni dan sains. Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang
faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang dikenali sebagai
satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius
dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bagian.
Menurut Dick Fosbury, pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya
berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan
jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia
mendapat pingat emas dalam Olimpik.
Setiap lompatan mengandungi fase penujuan larian,
penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan pendaratan.
Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang
lain. Jika sesuatu konsep mekanikal dipahami, ia akan mudah digunakan untuk
acara yang lain.
FAKTOR
MEKANIKAL
1. Kelajuan Lonjakan
a. Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara
drastik kepada setiap lompatan.
b. Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi
oleh dua daya yang berbeza apabila melakukan pergerakan daripada berlari
sehingga melonjak.
c. Salah satu dari daya ini ialah
komponen mendatar dan kompenan menegak.
d. Daya komponen ini mengawal
kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan.
e. Objektif umum lompatan yang baik
ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan.
f. Masalah ketika menghasilkan daya
menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat.
g. Dalam lompat tinggi, kelajuan
semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki
lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang
sempurna.
h. Kelajuan dalam lonjakan yang
terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur.
i. Masa yang biasa untuk
memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar
kepada menegak.
j. Kebanyakan masalah disebabkan
satu atau semua daripada faktor berikut:
- Kelajuan kaki yang berkurang ketika langkah kedua yang terakhir
sebelum melonjak.
- Berhenti dengan kaki lonjakan.
- Membiarkan kedudukan pinggag
terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
k. Pinggang mestilah direndahkan
sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang.
l. Perubahan dari mendatar kepada
menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan
mendatar.
2. KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK
Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang
tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga
teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang
maksimum.
1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara
tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai
ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. Setiap
kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang
berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah
lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir
sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggang naik
atau berada diatas.
3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan.
Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang
lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan
membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.
SUDUT LONJAKAN
Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat
dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa
atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan
tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama.
Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian.
Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar
sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat
jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di
laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian
dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta
kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi
dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar
daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan
52° sudut lonjakan.
KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN
Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah
mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa
layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untuk bergerak atau
menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk mengambil
peluang terhadap parabola yang telah disediakan.
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan
tidak akan berubah ketika atlit di udara. Walaupun pergerakan satu bahagian
badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum Newton ketiga menyatakan
untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan berlawanan. Kelajuan
pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak.
Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran
di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara,
tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di
udara.
SARANA DAN
PRASARANA
1.
Untuk Awalan
a) Daerah
awalan panjangnya tidak terbatas minimum 15 m
b) Daerah
tumpuan harus datar dan tingkat kemiringanya 1 : 100
2. Tiang
Lompat
Tiang lompat
harus kuat dan kukuh,dapat terbuat dari apa saja asal kuat dan
kukuh.jarak kedua tiang tersebut adalah 3,98 – 4,02 m.
3. Bilah Lompat
Terbuat dari
kayu, metal atau bahan lain yang sesuai dengan :
a) Panjang
mistar lompat 3,98 – 4,02 m dan berat maksimal mistar adalah 2,00 kg
b) Garis tengah mistar antara 2,50 – 3,00 m, dengan penampang mistar
terbentuk bulat dan permukaannya harus datar dengan ukuran 3cm x 15 cm x 20 cm
c) Lebar
penopang bilah 4 cm dan panjang 6 cm
4. Tempat
Pendaratan
Tempat
pendaratan tidak boleh kurang dari 3 x 5 m yang terbuat dari busa dengan
ketinggian 60 cm dan di atasnya ditutupi oleh matras yang tebalnya 10 – 20 cm.
Dalam
lompat Tinggi ada beberapa gaya yang dilakukan, sebagai berikut:
1. Gaya Gunting (Scissors)
Gaya
gunting bisa dikatakan Gaya Sweney, sebab pada waktu sebelumnya
(yang lalu) masih digunakan gaya jongkok. Tepatnya tahun 1880, selanjutnya
tahun 1896 sweny mengubahnya dari gaya jongkok menjadi gaya gunting. Diganti
karena kurang ekonomis.Cara melakukan:Si pelompat mengambil awalan dari
tengah. Bila pelompat pada saat akan melompat, tumpuan pakai kaki kiri (bila
ayunan kaki kanan), maka ia mendarat (jatuh) dengan kaki lagi. Waktu
di udara badan berputar ke kanan, mendarat dengan kaki kiri, badan menghadap
kembali ke tempat awalan tadi.
2. Gaya Guling sisi (Western Roll)
Pada gaya ini sama dengan gaya
gunting, yaitu tumpuan kaki kiri jatuh kaki kiri lagi dan bila kaki kanan
jatuhnyapun kaki kanan hanya beda awalan, tidak dari tengah tapi dari samping.
3. Gaya
Guling (Straddle)
Pelompat mengambil awalan dari
samping antara 3, 5, 7, 9 langkah Tergantung ketinggian yang penting saat
mengambil awalan langkahnya ganjil. Menumpu pada kaki kiri atau kanan, maka ayunan kaki
kiri/ kanan kedepan. Setelah kaki ayun itu melewati mistar cepat badan
dibalikkan, hingga sikap badan diatas mistar telungkap. Pantat usahakan lebih
tinggi dari kepala, jadi kepala nunduk. Pada waktu mendarat atau jatuh yang pertama kali kena adalah kaki kanan
dan tangan kanan bila tumpuan menggunakan kaki kiri, lalu bergulingnya yaitu
menyusur punggung tangan dan berakhir pada bahu.
4. Gaya Fosbury Flop Cara melakukanya:
· Awalan, harus dilakukan dengan cepat
dan menikung/ agak melingkar, dengan langkah untuk awalan tersebut kira – kira
7-9 langkah.
· Tolakan, Untuk tolakan kaki hampir sama
dengan lompat tinggi yang lainya.Yakni, harus kuat dengan bantuan
ayunan kedua tangan untuk membantu mengangkat seluruh badan. Bila kaki tolakan
menggunakan kaki kanan, maka tolakan harus dilakukan disebelah kiri mistar.
Pada waktu menolak kaki bersamaan dengan kedua tangan keatas disamping kepala,
maka badan melompat keatas membuat putaran 180 derajat dan dilakukan
bersama-sama.
· Sikap badan diatas mistar, sikap badan diatas mistar
terlentang dengan kedua kaki tergantung lemas, dan dagu agak ditarik ke dekat
dada dan punggung berada diatas mistar dengan busur melintang.
· Cara mendarat, mendarat pada karet busa dengan
ukuran (5 x 5 meter dengan tinggi 60 cm lebih) dan diatasnya ditutup dengan
matras sekitar 10 – 20 cm, dan prtama kali yang mendarat punggung dan bagian
belakang kepala.
Yang diutamakan dalam
melakuakan Lompatan ialah, lari awalan dengan kecepatan yang
terkontol. Hindari kecondongan tubuh kebelakang terlalu banyak. Capailah
gerakan yang cepat pada saat bertolak dan mendekati mistar. Doronglah bahu dan
lengan keatas pada saat take off. Lengkungan punggung di atas
mistar. Usahakan mengangkat yang sempurna dengan putaran kedalam dari lutut kaki
ayun (bebas). Angkat kemudian luruskan kaki segera sesudah membuat
lengkungan.
0 komentar:
Posting Komentar